KUALA TERENGGANU: Hospital Dungun yang dalam persiapan akhir pembinaan, bakal menjadi hospital pakar ketiga di Terengganu selepas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan Hospital Kemaman.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed berkata penyediaan perkhidmatan hospital pakar ialah satu daripada sumbangan kerajaan MADANI bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan mendapatkan rawatan khusus dan terbaik selaras dengan visi mengangkat kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata pembukaan hospital itu juga akan membuka luas prospek kerjaya di semua peringkat pekerjaan termasuk profesional, klinikal, jururawat dan pengurusan.
"Ini merupakan perkembangan positif bagi rakyat Terengganu kerana bakal menikmati perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti.
"Malahan, peluang pekerjaan untuk sektor lain seperti perkhidmatan pembersihan dan perniagaan dapat diwujudkan menerusi pembukaan hospital ini nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Zulkapli melakukan lawatan kerja projek lambat siap di Hospital Dungun pagi tadi untuk meninjau persiapan akhir pembinaan bangunan terutama bilik bedah.
Lawatan itu juga adalah untuk memastikan fasiliti lain disiapkan mengikut spesifikasi bagi menjamin kebajikan penjawat awam serta keselamatan pesakit yang akan mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Hospital Dungun yang mampu memuatkan 110 katil itu mula dibina pada 2016 dan sepatutnya siap pada 2019.
Sebanyak 10 kepakaran akan disediakan termasuk Pediatrik; Obstetrik dan Ginekologi; Psikiatri; Patologi; Anestesiologi dan Pergigian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Hospital Dungun yang mampu memuatkan 110 katil itu mula dibina pada 2016 dan sepatutnya siap pada 2019. - Foto Facebook/Hospital Dungun
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
KKM berhasrat tingkatkan akses perkhidmatan audiologi kepada komuniti
Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) menyokong usaha untuk memperkukuh perkhidmatan Audiologi.
Hospital Dungun bakal jadi hospital pakar ketiga di Terengganu
Penyediaan perkhidmatan hospital pakar ialah satu daripada sumbangan kerajaan MADANI.
Hospital Alor Gajah akan beralih status kepada hospital pakar
Perbincangan sudah dijalankan dengan Kementerian Kesihatan dan peralihan status itu berpeluang direalisasi pada tahun ini.